Selamat Datang ke 7LOVE

7LOVE merupakan produk yang dikeluar dan diedarkan oleh sebuah syarikat milik bumiputera yang menjalankan perniagaan barangan kecantikan dan kesihatan. Kesemua produk - produk 7LOVE adalah dihasilkan oleh Teknologi Park Malaysia, TPM Biotech dan 100% hasil daripada penyelidikan anak kelahiran Malaysia. Dengan itu marilah kita sama- sama menyokong produk keluaran Malaysia dengan cara menjadikan ia sebahagian daripada barangan kegunaan harian kita.

Latar Belakang

Penubuhan Tunas Restu Management Sdn Bhd adalah menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berjaya dan maju hingga ke peringkat antarabangsa disamping mengamalkan gaya hidup sihat. Tunas Restu Management Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 bertanggungjawab untuk mengeluar dan mengedarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan sumber semulajadi iaitu 7LOVE. Perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan dan berkembang dengan maju sehingga kini selaras dengan misi dan visi syarikat dan menepati kehendak pengguna di Malaysia.


Ibu pejabat syarikat terletak di Jalan Sentul, Kuala Lumpur yang menempatkan pejabat urusan, jabatan akaun, pemasaran, IT dan latihan. Pelanggan boleh mendapatkan produk 7LOVE daripada pengedar dan stokis di setiap bandar utama di seluruh negara untuk memudahkan pelanggan berurusan

Produk 7LOVE yang pada permulaannya hanya gel mandian telah di pelbagaikan dengan kehadiran sabun 7LOVE dan minuman kesihatan LOVE Berries Juice. Produk 7LOVE telah diasaskan oleh Puan Norhuda Binti Mohamad @ Abdullah. Hasil kajian Puan Norhuda yang di bantu rakan dan kerjasama dengan para saintis telah menghasilkan produk 7LOVE yang berkualiti tinggi dan mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat. 


Disamping sasaran Perdana Menteri Malaysia untuk meningkatkan jumlah penduduk Malaysia seramai 80 juta orang menjelang 2020 akan tercapai dengan gaya hidup serta pemakanan yang sihat, ini selaras dengan konsep minuman kesihatan LOVE Berries Juice yang dikeluarkan oleh Tunas Restu Management Sdn Bhd.

Hubungi Kami

Stokis dan agent di seluruh Malaysia di perlukan segera!
Hubungi untuk keterangan lanjut:

DEEDA : 017-6671840
ZAMRI: 019-9231840