“Mengekalkan petua tradisional dan budaya Melayu dengan menggunakan bahan semulajadi” adalah harapan dan misi pengasas produk 7LOVE. Ini menggambarkan betapa beliau amat berminat untuk mengekalkan tradisi mandi bunga di kalangan masyarakat kita. Tradisi ini dipermudahkan dengan terhasilnya mandian bunga yang diilhamkan oleh Puan Norhuda Binti Mohamad @ Abdullah yang menggunakan 7 extract bunga-bunga bagi meningkatkan aura seri wajah dan memenuhi keinginan untuk kekal berseri.
“Sambutan yang amat menggalakkan terhadap produk yang pertama seumpamanya di Malaysia ini, membuatkan produk yang mengandungi bahan semulajadi ini mula melebarkan sayap menjelajah destinasi lain seperti Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan tempat-tempat lain. Bermula pada tahun ini, produk 7LOVE mula dikomersilkan dan diiklankan di surat khabar dan majalah dengan mensasarkan 3 produk kami iaitu gel mandian 7LOVE, minuman kesihatan LOVE Berries Juice dan sabun mandi 7LOVE.”
“Harga yang di tawarkan juga amat berpatutan, anda tidak perlu pergi ke SPA atau mencari bunga untuk mandi bunga, dengan hanya rm35 untuk sebotal gel mandian 7LOVE anda boleh melakukan SPA sendiri di rumah. Bahan-bahan yang digunakan dalam ketiga produk ini adalah berasaskan bahan semulajadi seperti herba, buah-buahan dan tanah liat melalui penyelidikan yang dibuat oleh TPM ( Teknologi Park Malaysia) dan menggunakan seratus peratus teknologi tempatan.”
“Semoga produk 7LOVE ini terus maju di masa hadapan kerana kami mementingkan bahan semulajadi yang digunakan berkualiti dan selamat. 7LOVE bukan hanya produk untuk kecantikan sahaja malahan kami juga ada produk untuk kesihatan dalaman.”
Puan Norhuda bt. Mohamad@ Abdullah
Pengasas Produk 7LOVE